PlayStation Plus: Muat Turun Lima Game Percuma Bermula 4 Oktober Ini

Pelanggan PlayStation Plus mesti tertanya-tanya game mana yang bakal jadi percuma untuk bulan Oktober ini.

Pada bulan September, Sony belanja korang game gempak seperti Destiny 2 dan God of War III Remastered.

Nak tahu game apa yang percuma untuk bulan ini? Jom tengok lima game korang boleh muat turun bermula 4 Oktober sehingga 7 November 2018:

  1. Portal Knights (PS4)
  2. Rocketbirds 2: Evolution (PS4, PS Vita)
  3. Thumper (PS4)
  4. The Bridge (PS4, PS3)
  5. Master Reboot (PS3)

Bagi korang menyambut hari Halloween, sebuah tema PS4 bermotifkan Toro diberikan secara percuma.

Game percuma bukan sahaja terhad kepada pelanggan PlayStation Plus. Tanpa memiliki PlayStation Plus, korang boleh main Monster Hunter: World, FIFA 19, GTA V dan banyak lagi selama dua hari bermula pada 5 Oktober sehingga 7 Oktober 2018.

Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan koleksi game percuma bulan lepas di sini sebelum tiba 3 Oktober.

Sumber: PlayStation Asia

RELATED NEWS

+