PMCO: Giliran Team Secret Pula Menang Chicken Dinner

Selepas beberapa minit berlawan di padang pasir yang luas, akhirnya Team Secret berjaya membolot Winner Winner Chicken Dinner kedua, tahniah diucapkan!

Di peta ketiga (Miramar) untuk kejohanan PMCO SEA Grand Finals ini, mereka bermain dengan taktik looting yang agak lama hingga terkeluar dari zon. Tapi apabila zon kian menutupi, mereka berjaya untuk berlindung di lokasi strategik dan bertahan di situ.

Apabila hanya tinggal RRQ dan Team Secret, skuad Malaysia ini dengan empat orang ahli masih bernyawa berjaya menumpaskan team Thailand itu dengan teknik barbar pada saat akhir.

Dalam total ranking, Secret berada di tempat ketiga dengan skor 56 mata (11 jumlah pembunuhan) dan ViP Squad di tempat kedua dengan 63 mata (14 jumlah pembunuhan).  Yoodo Gank pula berada di kedudukan ketiga-belas dengan 21 mata.

Artikel berkaitan: VIP peroleh WWCD pertama

Kejohanan SEA Grand Finals di Jakarta, Indonesia ini mempertandingkan wang tunai terkumpul RM435,000 dan akan menentukan siapa layak berentap di Grand Final diadakan di Berlin, Jerman kelak. Ketika itu mereka akan bertemu wakil dari Amerika Utara, Eropah, India dan lain-lain!

Mereka sebelum itu menyertai Liga Asia Tenggara PMCO berlangsung selama lima minggu mengumpulkan sebanyak 24 pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina merebut prizepool USD$26,000 (RM107,980) yang mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

RELATED NEWS

+