PMCO: Hebat! Junior Talent Hadiahkan Malaysia Chicken Dinner Ketujuh

Dalam perlawanan ketiga untuk hari keempat belas liga Asia Tenggara PMCO bertempat di Shanghai, China, Junior Talent sekali lagi membuktikan kebolehan mereka dengan memperoleh Winner Winner Chicken Dinner ketiga (buat mereka) dan yang ketujuh buat Malaysia.

Junior Talent diwakili oleh NorFarah Shahira Mohd Nizam (MissFarr), 22 tahun, Mohamad Nazeri Shahrin bin Affan (Trixnity), 20 tahun, Muhammad Fikri Adli Md Nizam (Ngah), 20 tahun dan Izzat bin Abdul aziz (Erynn), 19 tahun, dan diurus oleh The Gaming Co dan Mobile Gaming Co.

Terdahulu, VIP Squad membolot WWCD pertama untuk skuad mereka.

Perlawanan sebentar tadi menyaksikan Jr berada dalam kedudukan yang sangat selesa di dalam rumah. Mereka dikelilingi oleh iDx, BOX dan FFQ. Missfar kemudiannya cuba untuk keluar bagi melenyapkan FFQ namun ditembak jatuh dan dibantu oleh pasukannya.

Berbekalkan advantage 4 kepada 1, mereka menghantar Trix untuk memburu ahli BOX yang terakhir dan kemudiannya kesemua ahli all out menuju ke ahli iDx terakhir yang hanya menunggu masa untuk ajal. 

Sama seperti VIP dalam perlawanan awal hari ini, mereka berjaya membolot 41 mata bagi kemenangan itu. Saksikan live di bawah:

Liga Asia Tenggara PMCO berlangsung selama lima minggu mengumpulkan sebanyak 24 pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina merebut prizepool USD$26,000 (RM107,980) yang mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

Artikel berkaitan: ViP Pertama Kali WWCD

Di bawakan khas oleh

RELATED NEWS

+