PMCO: Yoodo Gank Terus Cemerlang

Pasukan Malaysia, Yoodo Gank berjaya meraih Winner Winner Chicken Dinner yang kesebelas (ke-11) dalam perlawanan kedua hari Khamis untuk minggu akhir liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) yang berlangsung di Shanghai sejak bulan lalu. 

Yoodo Gank diwakili oleh Aiman Amirul Mohd Sahid (ManParang), 22 tahun, Muhammad Hazim Abd Hamid (Jimboy), 25 tahun, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx), 20 tahun dan Mohamad Hafizi Baharudin (Geek), 23 tahun.

Dalam bulatan terakhir, mereka ke satu-satunya kompaun yang ada ketika itu namun didiami oleh iDx dan Crazy Dog. ManParang terpaksa prone di tepi tembok manakala Geek dan Draxx pula bersedia untuk menyerbu kompaun tersebut. Apabila mereka menyerbu, mereka berjaya menjatuhkan ahli iDx namun Crazy Dog juga datang menyerbu. Di dalam perlawanan agak kelam kabut itu, Geek masih selamat dengan teknik cacing dan tidak disedari ahli Crazy Dog yang terselamat.

Kesempatan itu digunakan Geek untuk menembak Rong1 yang berlari mengejar ManParang. Pembunuhan terakhir itu berjaya menghadiahkan mereka WWCD! Tahniah kepada mereka!

Secara keseluruhan untuk perlawanan kedua ini, Gank berjaya memperoleh 45 mata (30 untuk placing dan 15 untuk jumlah pembunuhan). Terdahulu, mereka memperoleh 26 mata pada perlawanan pertama (top 3). Korang boleh lihat balik recap perlawanan dalam livestreaming Youtube di bawah: 

Liga Asia Tenggara PMCO berlangsung selama lima minggu mengumpulkan sebanyak 24 pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina merebut prizepool USD$26,000 (RM107,980) yang mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

Ini adalah minggu akhir dan pasukan yang berjaya ke Top 12 akan layak ke kejohanan Asia Tenggara di Jakarta pada 21 Jun ini. 

RELATED NEWS

+