PMNC: VIP Squad, Junior Talent, Team Secret Dan AROV Esports Berjaya Ke Fall Split

Kejohanan PUBG Mobile Malaysia (PMNC 2019) hari ini menemukan empat skuad Malaysia yang layak ke liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) Musim Luruh yang dijangka bermula pada September di Bangkok. 

ViP terus cemerlang dengan menggalas gelaran juara lalu membawa pulang wang tunai keseluruhan RM40,000 diikuti AROV dengan RM25,000, Junior Talent, RM15,000 dan Team Secret RM8,000! Tempat kelima hingga keenambelas pula membawa pulang RM2,000 bagi setiap pasukan.

Bagi Vip.Jumper pula, dia terpilih sebagai pemain terbaik (MVP) bagi kejohanan tersebut.

AROV Esports terdiri daripada line up baru iaitu Mohd Faizzudin Mahmuddin (AROVxFaZu), 18, Muhammad Amir Ashraff Ahmad Zamri (AROVxLunar), 15, Muhammad Aiman Hafizi Ahmad (AROVxAmyPRO), 19 dan Khairunnazri Masli (AROVxBoyka) yang satu-satunya kekal sebagai kapten.

Mereka akan menyertai Yoodo Gank yang sudah terpilih untuk liga itu apabila mendapat kedudukan terbaik (Malaysia) bagi liga Asia Tenggara PMCO Musim Bunga.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+