PUBG Mobile: 5 Skuad Ini Bersedia Untuk Kibar Jalur Gemilang Di Bumi Shanghai, China

Demam PUBG Mobile makin menjadi-jadi.

Bukan setakat tular di seluruh negara tapi ada pemain kita akan berentap di  kejohanan PUBG Mobile Club Open SEA Semi Finals! Lima skuad negara, VIP Squad, Junior Talent, Yoodo Gank, AROV Esports dan Secret Genexsus akan bertanding bermula 8 Mei ini dan mereka akan berlawan selama 5 minggu sebelum ke playoffs pada Jun nanti.

Dalam kejohanan yang membabitkan beberapa negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam ini akan menguji kehebatan bakat Malaysia bertanding merebut hadiah wang tunai terkumpul RM107,890 dan bagaimana mereka menyesuaikan diri sepanjang berada di Shanghai, China.

Buat masa ini, penulis masih berusaha mendapatkan info berkenaan kejohanan ini yang belum didedahkan oleh Tencent tapi korang boleh teruskan membaca untuk mengetahui sedikit info mengenai wakil-wakil Malaysia ini!

 

1. Junior Talent

Mereka bukanlah calang-calang.

Sebagai satu-satunya pasukan yang mempunyai pemain wanita didalamnya, Junior Talent punya bakat yang berpotensi untuk menjadi pasukan pilihan kali ini. Sepanjang kejohanan ini berlangsung nanti, kita akan saksikan bagaimana persembahan mereka dan bagaimana Missfar, satu-satunya gadis dalam kumpulan ini menyesuaikan diri dalam kejohanan didominasi lelaki ini.

Pada kejohanan PMCO peringkat Malaysia, mereka mendapat kedudukan ketiga, melakukan comeback pada baki perlawanan terakhir dengan meraih 2 chicken dinner.

Junior Talent diwakili oleh :

1. NorFarah Shahira Mohd Nizam (MissFarr), 22 tahun 

2. Mohamad Nazeri Shahrin bin Affan (Trixnity), 20 tahun

3. Muhammad Fikri Adli B. MD Nizam (Ngah), 20 tahun

4. Izzat bin Abdul aziz (Erynn), 19 tahun

Mereka ditaja oleh The Gaming Co.

Baca lanjut: Gadis ini handal main PUBG, layak ke kejohanan PUBG Mobile di China

 

2. Yoodo Gank

Juara PUBG Mobile National Championship musim pertama ini akan buktikan kemahiran mereka bagi perlawanan yang akan berlangsung selama lebih sebulan di sana.

Semestinya cabaran seperti berjauhan dari keluarga dan berpuasa di negara bukan Islam akan menguatkan lagi semangat mereka untuk berjaya.

Pada kejohanan PMCO peringkat Malaysia, mereka mendapat tempat keempat dan layak ke Shanghai, China kerana berada dalam lingkungan top 5.

Yoodo Gank diwakili oleh:

1. Aiman Amirul Mohd Sahid (ManParang), 22 tahun

2. Muhammad Hazim Abd Hamid (Jimboy), 25 tahun

3. Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx), 20 tahun

4. Mohamad Hafizi Baharudin (Geek), 23 tahun

 

3. Secret Genexsus

Pasukan yang mendapat tempat pertama di PUBG Mobile Club Open peringkat Malaysia ini adalah pasukan pilihan kali ini. Mana taknya, mereka baru-baru ini bermain di bawah organisasi e-sukan gergasi Eropah, Team Secret! Mampukah mereka membuktikan kemahiran masing-masing dan live up to the hype?

Secret Genexsus diwakili oleh:

1.  Secret BiuBiu

2. Secret SinB

3. Secret Alex 

4. Secret Stewart9k. 

Baca lanjut: Secret melamar skuad Malaysia, Genexsus

 

4. Victorious In Play (VIP Squad)

 

Lagi satu pasukan yang juga harapan Malaysia, VIP akan cuba buat yang terbaik selama sebulan berada di Shanghai, China. Korang boleh nantikan kemaskini mengenai pasukan ini di laman Facebook mereka. 

Salah seorang ahlinya, Yakuza xgaming adalah streamer popular yang mempunyai capaian penonton yang tinggi di Page FB miliknya malah peminat sentiasa menantikan Yakuza atau Kuza memulakan strim. 

VIP Squad diwakili oleh:

1. Muhammad Afiq Abdul Aziz – VipYakuza

2. Mohammad Syafiq Mohd Sabri – VipApicks

3. Ahmad Zamir Mohamad Azme – VipBenv

4. Ahmad Danial Haiqal Abdul Rahman – VipHyqul

5. Muhamad Izzrudin Hashim – VipJumper

 

5. AROV Esports 

AROV Esports juga akan membuktikan yang terbaik di PMCO Semi Final nanti. Tempat kelima di peringkat kelayakan Malaysia dahulu akan membangkitkan semangat mereka untuk berlatih dengan lebih baik bagi menghadapi kejohanan kali ini!

AROV Esports diwakili oleh:

1. Muhammad Nurirfan Mohamad – AROVxRedeagleX

2. Muhammad Mukhriz Lutfi Fariq Adlan – AROVxIronPro

3. Alexis Aw Chee Loong – AROVx小Boy

4. Khairunnazri Masli – AROVxBoyka

5. Dwi Agus Rian Supardi – AROVxAgusRianz

—-

Penulis ingin ucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan nantikan kemaskini lebih lanjut untuk pasukan-pasukan ini di Facebook kami!

RELATED NEWS

+