Resurgence kini RSG, ingin terus gilap bakat pemain dan menjadi peneraju dalam pasaran e-sukan
2020-11-20T06:33:45
By: Hazril Md Nor

Resurgence kini RSG, ingin terus gilap bakat pemain dan menjadi peneraju dalam pasaran e-sukan

 

Sebelum ini kami melaporkan organisasi e-sukan terbesar di Singapura, Resurgence mengalami penjenamaan semula. Hari ini, pihak Resurgence mendedahkan butiran lanjut mengenai penjenamaan tersebut.

Penjenamaan ini dikatakan termasuk nama baru iaitu RSG, logo, laman web dan jersi pasukan yang selari dengan visi organisasi tersebut.

“Penjenamaan ini adalah komitmen berterusan kami dalam inovasi dan ke hadapan dalam arena e-sukan. Pada 2017, kami memulakan misi untuk menaikkan dan menggilap bakat pemain dengan menyediakan peluang seperti karier e-sukan yang terjamin di Singapura. 

“Hari ini kami ingin terus meningkatkan kewangan selain melonjakkan e-sukan di Singapura ke peringkat serantau,” kata Ketua Pegawai Eksekutif RSG, Jayf Soh.

Menurut RSG, sokongan dari komuniti, penaja dan rakan kongsi membantu mereka untuk meletakkan posisi sebagai peneraju dalam pasaran. Mereka juga berminat untuk meluaskan pengaruh di pasaran lain (negara lain).

Katanya, dengan adanya pasukan e-sukan di Singapura dan Asia Tenggara yang sudah menyertai lebih 200 kejohanan, RSG akan terus menggilap bakat pemain e-sukan dan membantu ikon e-sukan ke tahap lebih tinggi.

Sebagai contoh, dalam kejohanan e-sukan motor racing, E1 Championship membawa dua nama, Mikael “Mika” Hakimi dan Ayman “Tadashi” Aqeem.

RSG juga akan bertanding di ONE Esports Mobile Legends Professional League Invitational (MPLI) yang akan bermula pada 27 November ini. RSG adalah salah satu pasukan jemputan dari Singapura, yang keduanya adalah EVOS SG.

Untuk maklumat lanjut mengenai RSG, anda boleh layari www.rsg.gg 

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
MPLI: Geek Fam Indonesia akan bertemu Todak di peringkat suku akhir
2 days ago
Geek Fam tempat ketujuh dalam kejohanan Free Fire Continental Series Asia
2 days ago
PMGC: Pasukan BTR garang, raih WWCD 2 kali
3 days ago
Geek Fam bersedia hadapi Grand Final Free Fire Continental Series Asia esok
3 days ago
PMGC: Team Secret berjaya raih WWCD di peta Miramar
4 days ago
Wild Rift: Butiran mengenai Pentaboom Showdown Asia Tenggara didedahkan