Segala Yang Korang Perlu Tahu Tentang Sukan Asia 2018 – Senarai Game, Jadual Dan Mana Untuk Tonton Demonstrasi Esports
2018-08-23T03:56:20
By: Intan Mawarni

Segala Yang Korang Perlu Tahu Tentang Sukan Asia 2018 – Senarai Game, Jadual Dan Mana Untuk Tonton Demonstrasi Esports

 

Ketika atlet sukan negara kita sedang memungut pingat dalam pelbagai acara sukan yang berlangsung sejak dari 18 Ogos lepas, atlet esports negara juga menerima peluang sama untuk serlahkan bakat mereka di Sukan Asia 2018 (Asian Games 2018) yang ke-18. Diorganisasikan oleh hasil tiga kerjasama badan-badan besar seperti Olympic Council of Asia (OCA), Asian Electronic Sports Federation (AESF) dan Indonesia Asian Games Organizing Committee (INASGOC), Sukan Asia 2018 pada kali ini melakar sejarah dengan melakukan demonstrasi liga esports buat julung kali pertama.

Jika korang tertanya-tanya kalau ada acara menyarung pingat ala-ala sukan Olimpik kepada peserta esports, maka sayang sekali ini tidak akan terjadi kerana ini cuma berfungsi sebagai demonstrasi sahaja. Meskipun demikian, ini adalah peluang keemasan untuk kita tonjolkan bakat-bakat besar esports dalam negara ke luar negara dan juga untuk Sukan Asia 2022 akan datang di Hangzhou, China.

Tanpa membuang masa, berikut adalah himpunan enam game yang bakal dipertandingkan, jadual acara esports dan cara untuk menonton kesemua acara esports di Sukan Asia 2018.

Acara Enam Game Yang Dipertandingkan

Setelah persetujuan dan perbincangan bersama tiga persatuan, sebanyak enam game merupakan campuran game mobile, console dan PC akan dipertandingkan di Sukan Asia 2018. Antara game-game yang akan dipertandingkan adalah Arena of Valor, Clash Royale, League of Legends, StarCraft II, Hearthstone dan Pro Evolution Soccer 2018.

Acara esports yang terlibat secara individu adalah StarCraft II, Hearthstone dan Clash Royale manakala acara yang dilakukan secara berpasukan adalah League of Legends, Arena of Valor dan PES 2018.

Wakil Malaysia Ke Sukan Asia 2018

Khairul (dua dari kiri) bersama Norhaikal

Antara enam game yang disenaraikan di atas, Malaysia berjaya menghantar wakil bertanding untuk sebuah game sukan bola sepak, PES 2018 setelah melalui pusingan kelayakan dari negara-negara rantau Asia Tenggara, Asia Tengah, Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Timur. Mereka ialah Muhamad Khairul Abdul Aziz “Keron” dan Mohamad Norhaikal Mohamad Noh “Haikal” yang layak bertanding ke temasya sukan itu.

Pasangan duo masing-masing berusia 24 tahun dan 20 tahun ditempatkan dalam kumpulan A dan bakal berdepan dengan tiga pasukan lain dari negara Hong Kong, Iran dan Kazakhstan. Kami juga sempat beramah mesra bersama salah seorang daripada duo berkenaan iaitu Khairul bagi bertanyakan sumber inspirasinya untuk terus maju sebagai atlet esports dan juga makna sebagai wakil PES di Sukan Asia 2018.

Jadual Dan Saluran Tonton Acara Demonstrasi Esports

Ditempatkan di Jakarta dan Palembang, pertandingan demonstrasi acara esports ini akan bermula pada 26 Ogos sehingga 2 September. Acara demonstrasi esports akan bermula dengan Arena of Valor dan berakhir dengan PES 2018. Korang boleh tengok jadual secara teliti di bawah:

Hampir semua acara esports akan berlangsung pada waktu pagi mengikut waktu tempatan Jakarta iaitu sejam lebih lambat dari waktu tempatan Malaysia. Untuk memudahkan korang untuk mengikuti acara ini, berikut adalah senarai game dipertandingkan yang kami sudah selaraskan dengan waktu Malaysia:

  • Arena of Valor – 11am (26 Ogos)
  • Clash Royale – 11am (27 Ogos)
  • League of Legends – 10:45am (27 Ogos), 11am (28 Ogos), 12pm (29 Ogos)
  • StarCraft II – 2pm (30 Ogos)
  • Hearthstone – 10am (31 Ogos)
  • PES 2018 – 11 pagi (1 September)

Korang boleh menonton keseluruhan acara demonstrasi esports Sukan Asia 2018 berlangsung di Jakarta dan Palembang melalui saluran Twitch.

Dari pihak MyGameOn, kami ingin mengucapkan semoga berjaya dan selamat maju jaya kepada Keron dan Haikal sebagai wakil Malaysia untuk PES 2018. Ayuhlah kita sama-sama memberi sokongan penuh untuk atlet esports negara kita yang akan bertanding di Sukan Asia 2018!

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Cara Untuk Menangi Kad Grafik GeForce RTX 2080 Ti Edisi Cyberpunk 2077 (Kemaskini)
1 day ago
Faker Tandatangani Tiga Tahun Kontrak Dengan T1, Akan Jadi Pemilik Bersama
2 days ago
Rainbow Six Siege Akan Hadir Ke PlayStation 5 – Kata Ubisoft
2 days ago
Team Secret Umum Pasukan League Of Legends – Lowkey Esports Dari Vietnam
2 days ago
The Division 2 Dijual Untuk PC Pada Harga RM10 Sahaja!
2 days ago
Disney Mahukan Lebih Banyak Permainan Seperti Spider-Man Dan Star Wars Jedi: Fallen Order