Skull and Bones Ditangguh Sekali Lagi, Takkan Berada di E3 Tahun Ini

Ubisoft mengumumkan Skull and Bones, game multiplayer bertemakan lanun telah ditangguhkan lagi.

Sebelum ini, Skull and Bones dijangka akan keluar pada tahun ini tetapi ditangguh ke tahun fiskal 2020-2021 iaitu  sekitar Mac 2020 menurut laporan kewangan Ubisoft pada tahun 2018-2019. Penerbit Skull and Bones, Karl Luhe berkata Skull and Bones tidak akan dipamerkan semasa E3 2019 pada Jun ini.

Skull and Bones adalah game multiplayer berbentuk open-world dengan perspektif kamera third-person yang membolehkan korang menjadi nakhoda kapal pada zaman kegemilangan lanun mengembara di lautan Hindi. Game ini dibangunkan oleh Ubisoft Singapore, studio yang sama membangunkan Assassin’s Creed 4: Black Flag.

Walaupun game ini belum dilancarkan lagi, Skull and Bones akan diadaptasi menjadi rancangan TV dengan penulis daripada rancangan Person of Interest dan The Mist. 

Buat masa sekarang, tiada tarikh rasmi untuk Skull and Bones versi game dan juga siri TV.

Sumber: Engadget

RELATED NEWS

+