SuperGamer Fest 2020 bakal berlangsung bulan depan!
2020-11-18T08:50:12
By: Burhanudin Zamri

SuperGamer Fest 2020 bakal berlangsung bulan depan!

 

Negara-negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia telah menjadi pemain-pemain besar dalam industri permainan video dan juga e-sukan. PVP Esports akan memeriahkan lagi suasana dengan mengadakan majlis anugerah gaming pertama Asia Tenggara yang diberi nama SuperGamer Fest 2020 (SGF). PVP Esports menganjurkan acara ini bersama Singtel dan Globe.

Acara ini akan diadakan selama empat hari bermula dari 5 hingga 6 Disember dan disambung pada 11 hingga 13 Disember tahun ini. Ia bukan sahaja merangkumi majlis anugerah tetapi juga akan dimeriahkan lagi dengan pusingan Regional Finals kejohanan PVP Esports Community Championships Season 2 untuk Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan VALORANT.

Seperti kebanyakan acara-acara gaming yang diadakan pada waktu ini, SuperGamer Fest 2020 dianjurkan secara dalam talian sepenuhnya. Terdapat beberapa aktiviti-aktiviti menarik seperti parti tontonan, temu bual bersama ikon e-sukan, dan pelbagai bengkel pembelajaran.

Majlis anugerah SGF akan memberi penghargaan terhadap pencipta kandungan dan komuniti e-sukan Asia Tenggara. Anda boleh mencalonkan streamer, pencipta kandungan, bintang sosial media, dan banyak lagi. Untuk e-sukan pula, terdapat kategori-kategori seperti Pasukan E-sukan Terbaik, Pemain E-sukan Terbaik, Jurulatih E-sukan Terbaik, dan Permainan E-sukan Terbaik.

Juara Kejohanan E-sukan Kampus Semester 3 dalam kategori MLBB iaitu UiTM Vendetta akan kembali beraksi di PVP Esports Community Championships Season 2. Mereka berniat untuk membalas dendam selepas pulang sebagai naib juara di PVP Esports Campus MLBB Championships 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai SuperGamer Fest 2020, anda boleh melayari laman web rasminya di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Ubisoft umum permainan dunia terbuka Star Wars baharu
4 days ago
5 permainan multi-pemain percuma yang wajib dicuba
4 days ago
Lagu tema M2 Bahasa Melayu kolaborasi antara Moonton dan Joe Flizzow
4 days ago
Pelitup muka Razer mempunyai penguat suara dan RGB
4 days ago
Yonny suka buat video e-sukan dan gaming di TikTok, kini raih lebih 70,000 pengikut
4 days ago
Bethesda umumkan permainan Indiana Jones baharu