Thomas The Tank Engine Bertukar Mimpi Ngeri Dalam Resident Evil 2

Choo-choo… nampaknya Thomas ke landasan Resident Evil 2.

Resident Evil 2 menampilkan satu raksasa gergasi dinamakan sebagai T-00 atau mesra dipanggil sebagai Mr. X yang akan mengejar Leon & Claire di seluruh kawasan Racoon Police Department. 

Mr. X hilang topi ditembak Claire manakala Licker di atas bumbung = satu kombo melampau

Kehadiran Mr. X berlegar di setiap langkah korang ambil benar-benar mendatangkan rasa cemas kepada pemain. Walaubagaimanapun, seorang pembuat mod, ZOMBIΞALI menghasilkan sesuatu yang sukar untuk dilupakan oleh pemain Resident Evil 2.

Memperkenalkan Thomas sebagai Mr. X yang akan mengejar korang sehingga ke lubang cacing (dengan bunyi halus toot-toot dan semakin kuat apabila Thomas menghampiri). Saksikan renungan Thomas agresif di bawah:

Untuk efek lagi padu, korang boleh padankan mod seram ini dengan mod alunan lagu ‘X Gon Give it To Ya’ diciptakan oleh DJPop.

Jangan renung lama-lama. Lari!! Korang boleh ganti Mr. X jadi Thomas the Tank Engine untuk Resident Evil 2 melalui PC sahaja dengan klik link ini.

Pelbagai mod telah dihasilkan dan selalunya memang membuatkan korang kering gusi. Antaranya adalah sebuah mod yang menukarkan penampilan Mr. X menjadi kurang… seram.

Sumber: Kotaku

RELATED NEWS

+