TMJ Teruja Lihat Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Beraksi Dalam PES 2020
2019-09-10T02:34:20
By: Intan Mawarni

TMJ Teruja Lihat Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Beraksi Dalam PES 2020

 

Buat pertama kali dalam sejarah, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sah beraksi dalam eFootball PES 2020.

Peminat game bola sepak terutamanya peminat pasukan JDT tentunya tidak sabar untuk mencuba permainan bola sepak yang mana menyertakan pasukan tanah air iaitu hasil daripada kerjasama bersama Konami dan AFC Champions League.

JomGaming dan NEST Gaming sempat memuat naik video yang menunjukkan skuad JDT dari segi penampilan para pemain, jersi dan statistik dalam PES 2020. Saksikan di bawah:

Menurut JomGaming, JDT merupakan kelab bola sepak pertama rasmi pertama muncul dalam game bola sepak bertaraf AAA. Selain itu, Liga Malaysia juga pernah muncul dalam game bola sepak lain, FIFA 96 sehingga FIFA 98.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim turut berkongsi saat keterujaan bersama peminat-peminat bola sepak tanah air di laman sosial rasmi  Korang boleh lihat gelagat TMJ bermain pasukan JDT menentang pasukan Juventus di bawah:

Adakah korang tidak sabar untuk cuba main satu-satunya pasukan Malaysia dalam PES 2020?

eFootball PES 2020 akan dilancarkan pada hari ini iaitu 10 September 2019 di PC, PS4 dan Xbox One.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Video nyahkotak PS5 telah mula dimuat naik
3 days ago
Cyberpunk 2077 ditangguh sekali lagi, dijadualkan tiba pada Disember
3 days ago
Jom tonton demonstrasi penuh Xbox Series X|S bertempoh 15 minit
3 days ago
Ini dia 4 kebaikan permainan video yang anda perlu tahu
3 days ago
God of War menyokong kadar bingkai sehingga 60FPS di PlayStation 5
4 days ago
[Review] Hades – sekali main, takkan berhenti!