Amazon pecat lebih 100 staf divisyen permainan video mereka

Amazon kini memberhentikan kerja untuk lebih 100 pekerja mereka dalam divisyen permainan video.

Pemberhentian ini juga termasuk pekerja dari Game Grown, studio Amazon’s San Diego, Prime Gaming dan beberapa ahli program kesetiaan Amazon.

Amazon juga masih akan membantu bekas-bekas staf ini dengan pemutusan gaji, insuran kesihatan dan masa berbayar untuk pencarian kerja mereka seterusnya.

Christoph Hartmann Naik Presiden Amazon Games juga telah menghantar memo ini dan mengatakan pemecatan ini adalah sebahagian daripada 9,000 pembuangan kerja dalam Amazon.

Amazon Games juga menghadapi masalah dan masih tidak berjaya untuk mengeluarkan permainan video yang popular walaupun dengan bajet yang besar.

Antara contoh permainan video itu adalah Crucible yang diberhentikan begitu sahaja.

Malah New World yang pada mulanya disukai ramai tetapi menghadapi beberapa masalah juga.

Sebelum ini Electronic Arts juga ada memecat ramai pekerja mereka walaupun dalam keuntungan.

Rujukan: CNBC

RELATED NEWS

+