“Antara perkara yang saya menyesal tidak lakukan adalah screenshot map,” – JangS

Bekas jurulatih BTR RA, Muhammad Farhan Abdul Gafar atau lebih dikenali sebagai JangS, menyatakan bahawa di mana-mana pasukan dia berada, dia sentiasa berikan yang terbaik.

@mygameondotmy @JangS berkata pemain sudah bersedia. Dia juga menceritakan tentang hala tujunya dalam karier #MalaysiaBoleh #MalaysiaRoar #SEAGames31 #fyp #kakigaming ♬ Justin Bieber Type Pop R & B(808173) – Daisuke”D.I”Imai

Kami juga sempat bertanyakan JangS mengenai prestasinya di Indonesia sebelum ini.

“Kalau nak bercakap mengenai prestasi-prestasi saya sebelum ini, betul kami tak juara. Tetapi kalau dilihat dari sudut statistik, saya rasa prestasi saya masih konsisten.

“Mungkin jangkaan peminat-peminat di sana agak tinggi dan saya tidak mencapai jangkaan mereka,” katanya ketika ditemubual MyGameOn.

Menerusi sebuah video di akaun Youtube Matetew Gaming pula, JangS mengatakan bahawa ada beberapa perkara yang dia menyesal tidak lakukan semasa di BTR RA.

“Antara perkara yang saya menyesal tidak lakukan adalah screenshot map. Saya adalah seorang yang lebih percaya pada ingatan (hafalan) berbanding menulis.

“Daripada 450 screenshot map, saya perlu melihat pergerakan setiap pasukan, peminat mesti mengatakan bahawa bukankah itu adalah tugas seorang jurulatih?

“Ya, saya pernah buat, cuma pada ketika itu saya tidak melakukan perkara itu, jadi di situlah kelemahan saya,” katanya.

Anda boleh menonton video penuhnya di sini.

Gambar: Instagram Jangs

RELATED NEWS

+