Battlegrounds Mobile India kini dibuang daripada Google Play dan App Store

Battlegrounds Mobile India atau lebih dikenali sebagai BGMI telah dibuang daripada Google Play Store dan App Store di India.

Ini adalah tanpa apa-apa pengumuman dari pihak Krafton.

PUBG Mobile telah diharamkan di India pada tahun 2022 dan kembali semula sebagai BGMI.

Perkara ini dibuat adalah daripada arahan kerajaan India.

Menurut salah seorang Youtuber BGMI yang sangat dikenali ramai pengharaman ini adalah sementara.

Banyak kes-kes jenayah di India sebelum ini yang berkaitan dengan BGMI termasuk pembunuhan keluarga kerana marah akan budak yang bermain terlalu lama.

Ini juga termasuk pembunuhan seorang ibu hanya disebabkan anaknya bermain terlalu lama.

Kejadian ini membawa balik persoalan dan beberapa minggu lepas sahaja lebih 100 orang telah ditangkap di Bangladesh kerana menyertai pertandingan PUBG Mobile walaupun diharamkan disana.

 

RELATED NEWS

+