Berjaya Dragons mewakili Malaysia ke Wild Rift SEA Championship 2021

Berjaya Dragons adalah salah satu pasukan yang disegani untuk permainan peranti mudah alih popular, League of Legends: Wild Rift.

Pasukan ini mula ditubuhkan untuk bertanding di dalam e-sukan Wild Rift. Antara pelopor e-sukan untuk permainan ini.

Pernah menjadi juara untuk kejohanan ESL Mobile Open 2021 Summer: Malaysia, menewaskan pasukan Geek Fam dengan skor 4-1. Berbekalkan motto “Pride of Malaysia”, Berjaya Dragons ingin menjadi salah satu pasukan Wild Rift terbaik Malaysia dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Berjaya Dragons berjaya mendapatkan slot untuk ke Kejohanan Asia Tenggara 2021 selepas menduduki tempat tertinggi di dalam peringkat kumpulan dan layak ke pusingan akhir liga terbuka ESL Mobile, liga ini adalah sebahagian dari siri SEA Icon. 

Peringkat playoff liga ini hampir sampai ke penghujungnya, Berjaya Dragons berjaya mara ke peringkat akhir selepas mengalahkan Underank 3-0.

Mereka akan bertemu dengan pasukan Geek Fam ataupun Underank sekiranya Underank memenangi perlawanan ke atas Geek Fam bagi merebut slot utama, bukannya play-ins.

Syabas diucapkan kepada Berjaya Dragons di atas kejayaan mereka menjadi salah satu pasukan mewakili Malaysia ke Kejohanan Asia Tenggara 

RELATED NEWS

+