Blacklist International berkongsi perjalanan mereka menjadi juara bertahan MPL PH S8

Blacklist International adalah pasukan yang memenangi MPL Filipina dua kali berturut-turut dan untuk perlawanan yang terakhir musim ini, mereka bertemu dengan ONIC dan membenam pihak lawan dengan skor 4-1.

Kami menerima peluang menemuramah juara MPL PH musim ke-8, ini apa yang mereka kongsi dengan IGN SEA.

Pemilihan Ahli Pasukan

Bon Chan, jurulatih pasukan juara itu, menyatakan tentang pemilihan ahli pasukan Blacklist International. Beliau berkata, “Tiada sebab tertentu tetapi saya tidak mahu memilih pasukan Filipina supaya kita boleh berselerak di seluruh bracket lain,”

Pemain ayam tambatan Blacklist International, Salic ‘Had Ji’ Imam, adalah ahli pasukan baru yang menyertai pasukan sebelum MPL PH S8. Beliau berkata tentang perasaan beliau menyertai pasukan juara itu. 

“Rasanya agak seronok tetapi tekanan juga kian terasa kerana saya menyertai pasukan yang baru sahaja menjadi juara MPL,”

Apabila ditanya tentang persediaan pasukan menghadap MPL PH S8, Had Ji menerangkan bahawa pasukan itu berlatih dengan beterusan dan mengambil masa untuk meneliti gaya permainan pasukan-pasukan yang bakal ditemui.

Bon Chan juga berkongsi tentang pemilihan Had Ji untuk menyertai Blacklist International. Kata Bon Chan, “Had Ji adalah ejen bebas dan salah seorang bekas rakan sepasukan saya, jadi saya tahu apa yang beliau mampu lakukan,” katanya.

Pasukan-pasukan Lain

Jurulatih pasukan juga menyatakan pendapat beliau tentang pasukan MPL dari Malaysia. Kata Bon Chan, “Bukan sahaja Malaysia, tetapi semua pasukan di seluruh dunia, malah pasukan Myanmar layak menjadi tandingan yang hebat.”

Peminat juga pernah menunjukkan gaya permainan Blacklist International yang seakan-akan permainan pasukan dari Indonesia. Namun, ini dibidas oleh Bon Chan sendiri yang menyatakan bahawa permainan mereka diinspirasi oleh kelebihan dan kekuatan pasukan mereka sendiri.

Kata Kiel

IGN SEA bertanya kepada Kiel tentang rahsia mereka menjayakan kemenangan yang berturut-turut di MPL PH. 

“Anda memerlukan ketabahan mental yang kukuh demi menjadi pemain MPL yang berjaya,” kata Kiel, yang juga dikenali sebagai OHEB.

Penutup Kata

Kiel berpesan kepada peminat Blacklist International agar mereka konsisten dan terus fokus dalam permainan mereka. “Hanya perlu konsisten dan kekalkan ketenangan anda dalam setiap perlawanan,” kata Kiel.

Bon Chan juga menutup temu ramah dengan pesanan kepada peminat pasukan yang ingin menceburi bidang e-sukan.

“Teruskan apa yang anda lakukan, jangan putus harapan dan kekal sihat.”

RELATED NEWS

+