BTK lebih cemerlang, Yi Sun Shin Mobazane tiada ubat

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pertarungan pertama peringkat playoff Kejohanan Dunia M3 menyaksikan pasukan BTK akan menentang Blacklist International. Pasukan Blacklist adalah salah satu pasukan yang sangat kuat di peringkat kumpulan.

Mereka berjaya menang dengan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan. Namun begitu, pasukan BTK juga adalah pencabar baru yang mempunyai kekuatan tersendiri, mereka mampu untuk memberikan kejutan kepada pasukan Blacklist.

BTK membawa masuk Saber untuk digunakan di perlawanan pertama, satu keputusan yang tidak diduga pasukan Filipina. Ini kerana Saber tidak dipilih berdasarkan meta sedia ada. Namun begitu, pasukan BTK berjaya mendominasi di peringkat awal permainan dengan rotasi yang baik dari Mobazane.

Blacklist terus diasak di dalam peta dan BTK berjaya mengambil Lord pertama. Mereka menggunakan peluang itu untuk melakukan pushing dan berjaya menghancurkan inhibitor turret pasukan Blacklist. 

Pasukan Blacklist tidak mampu untuk mengawal permainan dan mereka akhirnya tewas pada minit ke-15.

Perlawanan terakhir di permainan kelima menyaksikan Mobazane menggunakan Yi Sun Shin. Pasukan BTK lebih menyerlah di minit awal permainan, mengambil turtle dan menumbangkan turret

BTK terus mengawal peta dan mengambil Lord yang pertama. Oheb yang cuba menghentikan pasukan BTK terkorban. BTK mengambil peluang itu untuk melakukan pushing dan mengejar objektif.

Perlawanan yang cukup sengit di bahagian bawah berjaya dimenangi oleh pasukan BTK. Pasukan Blacklist cuba menangkap Mobazane namun tidak berjaya. Mereka kehilangan 4 orang ahli dan Oheb cuba untuk melarikan namun tidak berjaya.

Blacklist International akan jatuh ke lower bracket untuk meneruskan perjuangan mereka.

Saksikan video epik di bawah untuk lihat perlawanan terakhir tadi.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Foto: Moonton Games

RELATED NEWS

+