uHigh sebenarnya masih bersama BTR RA, teruskan kontrak

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Berikutan ura-ura mengatakan jika pemain BTR, Muhammad Dhiya Ulhaq (uHigh) akan pulang ke pangkuan Malaysia berikutan keputusan tidak memberangsangkan di pusingan play-ins bagi Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA), akhirnya dia mendedahkan yang kontraknya bersama pasukan Indonesia itu masih diteruskan.

“Ya, saya masih sambung kontrak dengan BTR,” katanya ketika ditemui pengamal media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) pagi tadi.

Sebelum ini, netizen meramalkan pemain muda itu kemungkinan akan keluar berikutan satu ciapan dari CEO Bigetron, Edwin Chia yang mencari jurulatih baharu dengan #NewRA, menandakan rombakan akan dibuat untuk pasukan PUBG Mobile itu.

@mygameondotmy @uHighBoy teruja pertama kali ke Sukan SEA 2021. #malaysiaroar #malaysiaboleh #seagames31 #fyp #kakigaming ♬ Doge – Chris Alan Lee

Dalam temubual sama, uHigh juga mengatakan dia berasa sangat teruja dapat ke Sukan SEA dan ingin lakukan yang terbaik untuk negara.

“Saya juga rasa keserasian bukanlah satu masalah kerana kami memahami gaya permainan satu sama lain.

“Teruja juga nak jumpa Luxxy dan Zuxxy nanti. Siapa akan bermain lebih hebat di offline nanti,” katanya.

Jangan lupa beri sokongan kepada kontinjen negara yang bertanding dalam acara berkumpulan PUBGM pada 18 Mei dan kategori solo pada 16 Mei ini.

RELATED NEWS

+