CS:GO: Orange Sphynx Akan Berentap Jam 5 Petang Ini Di DreamHack Showdown

Pasukan CS:GO wanita negara, Orange Sphynx sudah bersedia untuk berentap dalam perlawanan pembukaan DreamHack Showdown di Valencia, Sepanyol bermula jam 5 petang ini.

Sphynx diwakili oleh Ramona Azween (GFi#) sebagai kapten, Aisya Sabrina Sabri (Argent), Shanice Choo Xin Ru (Alaska), Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism) dan Iffah Nazurah Saidi (3ve).

Mereka akan membuka tirai perlawanan dengan pertembungan bersama skuad Amerika Syarikat, Dignitas Female yang sudah pun menjuarai 4 kejohanan dunia setakat ini. Walaupun laluan ini dilihat sukar, pastinya skuad Malaysia ini akan cuba berikan persembahan terbaik.

Mengikut format DreamHack Showdown, pasukan yang menang di perlawanan pembukaan ini akan mara Winner’s Final sebelum layak ke Semi Final (playoffs). Sphynx akan bermain dalam kumpulan A di mana mereka akan bertemu Dignitas Female, CPH dan Team Demise Female.

Mereka mula bertolak ke Sepanyol pada Rabu lalu.

Korang boleh saksikan perlawanan pembukaan ini di https://www.twitch.tv/dreamhackcs

Dreamhack Showdown mengumpulkan 8 pasukan CS:GO wanita terbaik dunia yang akan merebut hadiah wang tunai terkumpul RM414,000. 

Bagi yang memenangi tempat pertama, mereka akan layak ke DreamHack Open Rotterdam pada Oktober ini di mana pasukan CS:GO terbaik lelaki dan wanita akan bertarung dalam satu kejohanan besar!

Artikel berkaitan: Orange Sphynx akan berikan yang terbaik

Gambar featured image: Twitter Orange Sphynx

RELATED NEWS

+