Dapatkan Super Meat Boy Secara Percuma Di Epic Games Store

Super Meat Boy merupakan sebuah game indie dibangunkan oleh Team Meat pada tahun 2010 berbentuk 2D platformer seperti siri Super Mario yang mana korang akan bermain sebagai satu blok daging, Meat Boy dalam perjalanan untuk menyelamatkan teman wanita yang sering cedera bernama Bandage Girl daripada saintis jahat, Dr. Fetus.

Meat Boy boleh melompat dan memanjat dinding serta melepasi halangan seperti gergaji besar yang mencincang korang untuk meneruskan ke peringkat seterusnya.

Meat Boy (warna merah) menyelamatkan Bandage Girl (warna merah jambu berbentuk kotak) dalam Super Meat Boy

Super Meat Boy adalah game kedua percuma yang diberikan oleh Epic Games selepas game survival open-world dalam laut, Subnautica. Untuk dapatkan game ini, pastikan korang ada akaun Epic Games dan tebus game  melalui pautan ini dari sekarang sehingga 10 Januari. Selepas korang dah tebus, game ini akan selama-lamanya menjadi milik korang dalam Epic Games Store.

Kalau korang dah lama habis game susah berdarah-darah ini, nantikan sekeul baru iaitu berjudul Super Meat Boy Forever yang akan dilancarkan secara eksklusif di Epic Games Store.

Untuk pengetahuan korang, Epic Games memberikan game percuma setiap 2 minggu dan akan bertukar game lain selepas tamat tempoh berkenaan. Game percuma seterusnya adalah What Remains of Edith Finch yang akan tersedia selepas 10 Januari. 

RELATED NEWS

+