Death Stranding diwar-warkan sebagai game eksklusif hanya di PS4 tetapi tidak lama lagi, ia akan tiba di PC pula."> Death Stranding diwar-warkan sebagai game eksklusif hanya di PS4 tetapi tidak lama lagi, ia akan tiba di PC pula." /> Death Stranding diwar-warkan sebagai game eksklusif hanya di PS4 tetapi tidak lama lagi, ia akan tiba di PC pula." />

Death Stranding Tidak Lagi Eksklusif Untuk PS4?

Sejak daripada awal pembentukan Kojima Productions, Death Stranding diwar-warkan sebagai game eksklusif hanya di PS4 tetapi tidak lama lagi, ia akan tiba di PC pula.

Perkara ini dikenalpasti oleh seorang pengguna forum Resetera, vestan mendapati bahawa Death Stranding tidak lagi berada dalam senarai game eksklusif di PlayStation.

Ini agak memeningkan kerana Death Stranding dibina melalui teknologi Decima Engine milik Guerilla Games iaitu studio yang membangunkan Horizon Zero Dawn, satu lagi game eksklusif di PS4. 

Lebih mengejutkan lagi, sebenarnya Death Stranding dirancang untuk keluar di PS4 dan PC sebelum pengumuman game sulung dari Kojima Productions dibuat pada 2015. Sony Interactive Entertainment sendiri mengatakan Death Stranding akan dilancarkan di PS4 terlebih dahulu sebelum tiba di PC tetapi siaran akhbar itu tidak mendedahkan berapa lama tempoh game ini akan menjadi eksklusif untuk PlayStation.

Selain itu, Death Stranding dilihat sebagai hasil kerjasama pertama antara Kojima Productions dan PlayStation selepas Kojima meninggalkan Konami pada tahun 2015. Kalau korang lihat muka hadapan  (cover art) cakera Blu-Ray game ini, tulisan ‘Only in PlayStation’ tiada di kotak cakera.

Jika Death Stranding bakal hadir ke PC, adakah korang tak sabar-sabar untuk bermain game ini dalam tetapan grafik tertinggi di PC korang? Kongsikan pendapat bersama kami.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+