Demo Baru Devil May Cry 5 Akan Hadir Di PS4 & Xbox One Pada Februari Ini

Sebuah demo baru untuk Devil May Cry 5 bakal tiba di PlayStation 4 dan Xbox One pada bulan hadapan.

Capcom mengumumkan melalui Twitter rasmi mereka bahawa versi demo baru ini juga bakal hadir untuk kedua-dua PS4 dan Xbox One pada 7 Februari 2019. Sebelum ini, demo Devil May Cry 5 hanya boleh dimainkan bagi pengguna Xbox One selepas acara The Game Awards pada bulan Disember lepas.

Demo pertama menonjolkan sedikit sedutan misi yang mana korang bermain sebagai Nero di Red Grave City. Korang bebas menggunakan serangan pedangnya, Red Queen, pistol Blue Rose dan juga kebolehan lengan mekanik, Devil Breaker untuk menghancurkan raksasa.

Sementara itu, korang boleh lihat Collector’s Edition menawan termasuk sebuah replika van, art book, peti dan banyak barangan menggiurkan untuk tatapan yang korang bakal memburu edisi ini di eBay atau Amazon. 

Watak baru, V juga tak kurang hebatnya di samping Nero dan Dante. V berkebolehan untuk guna kuasa magik dan menyeru pelbagai jelmaan haiwan seperti Griffon, Shadow dan Nightmare. Lihat bagaimana V bertukar menjadi ‘Devil’ di sini.

Devil May Cry 5 bakal dilancarkan pada 8 Mac 2019 di PC, PS4 dan Xbox One.

RELATED NEWS

+