“Demonkite adalah seorang pengguna Ling yang hebat,” – Alberttt

Alberttt adalah salah seorang pengguna hero assassin yang sangat hebat, kebolehannya menggunakan Lancelot, Ling dan Hayabusa menjadi buah mulut komuniti MLBB.

Dia mempunyai kadar kemenangan yang tinggi menggunakan Ling dan selalu diberikan penghormatan ban ke atas Ling setiap kali musuh bertemu RRQ Hoshi.

RRQ Hoshi berjaya ke peringkat akhir Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022 sejurus sahaja menewaskan RSG PH di peringkat akhir upper bracket.

Selepas memenangi perlawanan itu, Alberttt memberikan gambaran tentang kekuatan jungler pasukan RSG PH iaitu Demonkite. Menurutnya pemain itu hebat menggunakan Ling.

“Saya bagi skor sebanyak 9 untuk Demonkite kerana kami selalu scrim dengan dia dan RSG PH. Dia adalah pemain yang hebat menggunakan Ling,” tutur Alberttt.

Walaupun meta assasssin kini bertukar ke arah tank. Hero seperti Lancelot dan Ling masih memberikan ancaman di dalam Land of Dawn.

Oleh kerana itu, tiada masalah bagi Alberttt untuk terus mendominasi menggunakan hero-hero itu seperti kita lihat di dalam perlawanan RRQ Hoshi menentang RSG PH.

Sumber: AFK Gaming

RELATED NEWS

+