Devil May Cry 5 Bakal Ada Multiplayer, Demo Kini Boleh Dimainkan Di Xbox One

Devil May Cry 5 tergolong dalam game yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2019.

Semasa di The Game Awards, trailer baru menunjukkan gameplay untuk ketiga-tiga karakter yang boleh dimainkan oleh pemain: Nero, Dante dan V.

Khas untuk pengguna Xbox One, korang boleh main demo Devil May Cry 5 buat kali pertama. Pemain akan mengawal Nero di kawasan Red Grave City sambil mengalahkan raksasa menggunakan pedang Nero, Red Queen dan lengan Devil Breaker serta pistol Blue Rose.

Baca lanjut: Trailer Terbaru Devil May Cry 5 Menunjukkan Gameplay Brutal Dante, Karakter Ketiga Misteri Didedahkan!

Menurut Capcom, game aksi ini bakal ada satu mod multiplayer dipanggil sebagai The Cameo System iaitu mempunyai fungsi agak sama seperti siri Dark Souls. Dalam game ini, korang berkesempatan untuk melihat pemain lain melawan syaitan di dunia berbeza dan boleh sertai game orang lain bergantung kepada misi korang. 

Dari kiri: V, Nero dan Dante

Trailer ini memperlihatkan lebih banyak aksi daripada karakter baru, V. V ialah karakter ketiga yang boleh mengawal dan memanggil pelbagai jelmaan raksasa seperti Shadow, seekor harimau kumbang yang boleh bertukar menjadi jarum dan pedang, Griffon pula ialah seekor burung helang yang boleh menjunam dan serang musuh dan Nightmare adalah syaitan gergasi yang boleh menjana pancaran cahaya yang membinasakan.

Saksikan trailer terbaru Devil May Cry 5 dengan suara vokalis baru untuk lagu tema Dante berjudul Subhuman (metal habis!):

Selain itu, mod The Bloody Palace bakal kembali sebagai kandungan tambahan percuma untuk game ini pada bulan April. Cuba korang usya tengok Collector’s Edition bagi Devil May Cry 5 ini, banyak betul barang gempak tapi hanya ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja. Sedih.

Devil May Cry 5 bakal dilancarkan di PC, Xbox One dan PS4 pada 8 Mac 2019. 

RELATED NEWS

+