game paling dinanti-nantikan pada 2019 dan lagi bermakna untuk peminat siri ini setelah menyepi selama 10 tahun selepas pelancaran Devil May Cry 4."> game paling dinanti-nantikan pada 2019 dan lagi bermakna untuk peminat siri ini setelah menyepi selama 10 tahun selepas pelancaran Devil May Cry 4." /> game paling dinanti-nantikan pada 2019 dan lagi bermakna untuk peminat siri ini setelah menyepi selama 10 tahun selepas pelancaran Devil May Cry 4." />

Devil May Cry 5 Boleh Siap Dimainkan Dalam 15 Ke 16 Jam

Devil May Cry 5 merupakan game paling dinanti-nantikan pada 2019 dan lagi bermakna untuk peminat siri ini setelah menyepi selama 10 tahun selepas pelancaran Devil May Cry 4.

Tahun ini juga amat sibuk bagi Capcom bakal melancarkan dua game besar dalam tempoh tiga bulan. Malah, korang boleh cuba merasa pengalaman bermain Devil May Cry 5 dalam sebuah demo bakal dilancarkan pada bulan hadapan di PS4 dan Xbox One.

Walaupun tinggal lagi beberapa bulan sebelum pelancaran penuh, pengarah game Hideaki Itsuno berkongsi perkara-perkara menarik seperti jalan cerita, tempoh bermain dan tambahan karakter baru untuk game hack n’ slash ini semasa di satu sidang media di Korea Selatan.

Melihat bagaimana Devil May Cry 5 diletakkan dalam timeline antara game-game lain, jalan cerita Devil May Cry 5 akan ditetapkan selepas kejadian Devil May Cry 2. Ini bermakna game baru ini akan berkait-rapat selepas pengembaraan Dante dan Lucia dan juga pengembaraannya ke neraka semasa Devil May Cry 2. Itsuno tidak menjelaskan lebih lanjut aturan jalan cerita sebegini tetapi beliau berkata pemain akan tahu sebab sebenar ketika bermain game ini.

Untuk tempoh permainan pula, korang boleh habiskan game ini dalam kira-kira 15 ke 16 jam. Walaupun game ini sudah mempunyai 3 protagonis yang boleh dimainkan, Itsuno bercadang untuk menambah karakter lain lagi dalam bentuk kandungan tambahan (DLC). Selain itu, pengarah game itu mengesahkan bahawa ada senjata-senjata yang tersembunyi korang boleh cari dalam game ini.

Pertukaran grafik realistik berbanding game Devil May Cry sebelum ini juga menjadi satu tarikan baru. Menurut Itsuno, mereka mahu menyampaikan visual sama taraf ala filem Hollywood seperti The Avengers. Namun, mereka menghadapi kesukaran untuk membangunkan game ini dengan menggunakan RE Engine yang secara asalnya dicipta untuk Resident Evil 7: Biohazard. Antara cabarannya adalah untuk menerapkan aksi ganas yang menjadi trademark Devil May Cry. Selain itu, mereka fokus untuk meningkatkan kelajuan prestasi RE Engine.

 

Pada masa yang sama, pengarah game ini diajukan soalan tentang masa hadapan siri Devil May Cry ini tetapi beliau menjawab ia agak sukar untuk diperkatakan buat masa sekarang.

Devil May Cry 5 bakal dilancarkan pada 8 Mac 2019 di PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber: Game Informer

RELATED NEWS

+