DOTA2: Malaysia Keempat Mempunyai Pemain Paling Ramai Dalam The International 2019

18 pasukan sudah pun dipilih untuk ke Shanghai berentap dalam The International 2019. Jemputan terus diberikan kepada 12 pasukan teratas dalam ranking Dota Pro Circuit dan enam lagi dicari menerusi kelayakan serantau – satu slot bagi setiap rantau (China, Eropah, CIS, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Asia Tenggara.)

China seperti biasa mempunyai penyertaan paling tinggi di TI9 dan untuk semua The International. Tapi tahun ini, kurang sembilan pemain China berbanding TI8.

Negara ini mempunyai enam pasukan tahun lalu tapi hanya tiga saja yang layak menerusi jemputan terus, membawa kepada jumlah keseluruhan empat (satu daripada kelayakan). Kali ini juga TI pertama kali diadakan di China dan peminat nak saksikan lebih banyak pasukan bertanding tapi mereka hanya dapat saksikan empat saja beraksi.

Selepas China adalah Filipina. Tiga pasukan Asia Tenggara akan ke Shanghai dan semuanya ada wakil Filipina. TNC mempunyai lima pemain Filipina dan dua lagi pasukan Asia Tenggara membarisi dua pemain Filipina.

Sweden pernah menjadi negara dengan pemain TI paling ramai pemain ketika zaman kegemilangan Alliance. Tapi sejak beberapa tahun, mereka tidak layak dan nombor ini jatuh. Tapi kali ini, enam pemain Sweden berjaya ke TI 9 (Alliance ada empat pemain) manakala Zai di Secret dan pieliedie di Forward Gaming. Kalau Final Tribe layak, nombor ini akan naik jadi 11! tapi sayang sekali..

Malaysia pula di tempat keempat dengan pemain-pemain ini yang layak ke Shanghai, China: 

Senarai pemain Malaysia lain yang layak ke TI9. Gambar: Academy of Esports

Artikel berkaitan: vtFaded sedia kibar Jalur Gemilang

The International adalah kejohanan dunia Dota 2 yang berlangsung setiap tahun, mengumpulkan 18 pasukan berentap merebut wang tunai terkumpul lebih USD29 juta (RM119 juta).

Edisi ke-9 ini akan berlangsung di Shanghai, China, pertama kali dalam sejarah The International untuk dianjurkan di benua Asia.

Sumber: VPEsports

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+