DOTA2: Tigers Tak Membayar Pemain, GESC Pula Menipu – MoonMeander

Isu pemain tak dibayar gaji atau menerima wang kemenangan daripada pertandingan bukanlah perkara baru. Nampaknya, ia makin menjadi-jadi apabila pemain kelahiran Malaysia dan menetap di Kanada, David Tan masih tidak dibayar wang kemenangan dari pasukan terdahulunya, Tigers.

David membuat satu posting di akaun Twitter miliknya meluahkan kekecewaan itu.

Tulisnya, Tigers (organisasi yang ketika itu merekrut Dendi, Mushi, Xepher dan 1437) masih tak membayar wang kemenangan di DreamLeague Season 10 Minor dan KL Major.

Malah, beliau juga ditipu oleh penganjur kejohanan GESC Minor di Indonesia (ketika itu beliau bersama Digital Chaos).

Katanya lagi, selama dua tahun bermain kejohanan dalam Dota Pro Circuit, satu sen pun belum diterima. 

“Ini adalah masa yang sukar untuk menjadi pemain Dota 2 profesional kalau kita bukan di atas. Kepada peminat semua, saya minta maaf dan semoga berjaya kepada yang lain,”.

Twit di atas adalah komen daripada pengikutnya yang mengatakan ada sebab IYD dan AhJit meninggalkan pasukan itu mungkin kerana tak dibayar wang kemenangan juga.

Sementara itu, pada 9 hari lepas, bekas pengurus Tigers, Xero atau Da Wei mengatakan dia sudah pun membantu kesemua pemain yang tak dibayar mengambil tindakan mahkamah ke atas organisasi itu bagi mendapatkan hak mereka kembali.

Tambah Da Wei lagi, beliau tidak lagi bersama organisasi itu. Walaupun beliau tak bertanggungjawab menolong pemain dalam kapasitinya sekarang tapi ia adalah sesuatu yang harus dilakukan.

Sumber: Twitter

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+