Di persidangan E3 2018 untuk Microsoft sebentar tadi, Dying Light 2 akhirnya diumumkan. Ia akan mempunyai sistem parkour lebih kemas dalam dunia moden yang diselebungi kegelapan malam pasca apokalips zombi.
Pengumuman itu juga termasuk sekali trailer yang memperlihatkan demo gameplay.
Dalam sekuel ini, studio Techland menunjukkan protagonis menjalankan misi daripada Peacekeeper untuk mencari akses kepada bekalan air. Ia menunjukkan dua pengalaman berbeza bergantung kepada bagaimana korang buat pilihan; mengambil jalan sukar dengan law-keepers ataupun menarik perhatian ‘orang luar’ yang tak diundang.
Ini hanya satu daripada beratus pilihan yang akan beri impak kepada gameplay dan dunia Dying Light 2.