EA Batalkan Permainan Open World Star Wars

Kalau korang peminat Star Wars, bersedialah untuk hampa kerana Electronic Arts (EA) membatalkan permainan video dunia terbuka Star Wars. 

Permainan itu pada mulanya diumumkan semasa penutupan Visceral Games pada 2017 lalu dan sedang dalam pembangunan di Vancouver.

EA Vancouver adalah studio besar yang menjayakan banyak judul EA seperti FIFA dan Battlefront dan sedang membangunkan Star Wars open-world sejak Oktober 2017 lagi. EA pun tak pernah menunjukkan permainan ini kepada umum tapi pernah bercakap tentangnya tak lama dulu.

Sumber daripada Kotaku mengatakan projek ini yang dulu dinamakan Orca adalah di peringkat awal pembangunan dan menggunakan konsep seorang bounty hunter atau scoundrel yang meneroka planet dunia terbuka dan bekerjasama dengan faction berlainan dalam dunia Star Wars.

Tapi apabila road map EA dinilai balik, mereka ingin keluarkan sesuatu yang lebih awal dari Orca. Jadi mereka mengganti Orca dengan projek lebih kecil – dijadualkan untuk keluar pada 2020 (juga pada waktu ketika konsol generasi seterusnya kemungkinan akan dilancarkan).

Kita masih tak mendapat gambaran pasti apa permainan seterusnya yang akan dibangunkan oleh EA Vancouver selepas Orca dibatalkan. Mungkin ia adalah projek Star Wars lain. Respawn (Titanfall), studio yang bertempat di Los Angeles juga sedang membangunkan permainan Star Wars yang dipanggil Jedi: Fallen Order. Ia dijadualkan untuk keluar pada musim luruh 2019.

Sumber: Kotaku

RELATED NEWS

+