Ebit Lew puji Daddy Hood, Bobby San dan golongan muda

Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew memuji sikap anak muda yang sama-sama dalam misi membantu ummah.

Dalam satu hantaran di Facebook petang tadi, Ebit menulis kapsyen dengan memberi pujian kepada Daddy Hood dan Bobby San (Zahiril Adzim) serta ramai lagi.

Tulisnya “Daddy Hood terkenal dalam dunia gamers PUBG. Lihat tangisan dan kesungguhannya nak membantu anak muda dari peluang pekerjaan dan bawa kepada fikir agama,”

Ebit turut memuji pelakon Harris Anuar dan penyanyi, Sufian Suhaimi yang turut sama dalam usaha itu.

Difahamkan, Ebit bersama beberapa golongan muda ini melakukan kerja khidmat masyarakat dan usaha dakwah selama beberapa hari.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Kami dari MyGameOn berharap semoga mereka semua istiqamah dalam melakukan amal kebaikan dan terus membantu sesama insan.

Foto: Facebook / Ebit Lew

RELATED NEWS

+