ESL Community Clash – kejohanan VALORANT Asia Tenggara dengan RM41,000 prize pool

ESL melancarkan ESL Community Clash yang dipersembahkan Intel. Kejohanan VALORANT ini adalah di peringkat Asia Tenggara dengan hadiah terkumpul AS$10,000.

Kejohanan komuniti ini akan berlangsung pada Oktober dan November, khas untuk pemain VALORANT di Asia Tenggara.

Ia akan mengandungi dua final pada setiap bulan yang mana akan disambung di ESL Community Clash Grand Finals pada 27 hingga 29 November.

  • Sebanyak lapan pasukan akan bertanding untuk RM41,190
  • Mereka akan bertanding pada final di Oktober dan November.
  • Penyertaan terbuka kepada negara Asia Tenggara kecuali Vietnam 
  • Boleh daftar penyertaan di LINK INI.

Tarikh kelayakan:

Kelayakan Oktober #1: 10 Oktober
Kelayakan Oktober #2: 17 Oktober
Final: 24 dan 25 Oktober

Kelayakan November #1: 7 November
Kelayakan November #2: 14 November
Final: 21 dan 22 November

Grand Finals ini akan membariskan lapan pasukan dalam format double-elimination dan setiap perlawanan serta final akan bersiaran langsung di ESL Asia punya Twitch, Facebook dan Youtube.

RELATED NEWS

+