Esports Akan Dipertandingkan Di Sukan SEA 2019, Razer Jadi Penaja Utama

Akhirnya esports akan terlibat sebagai acara pingat utama di Sukan Asia 2019 yang akan berlangsung di Filipina.

Hari ini, Razer mengumumkan syarikat pengeluar barangan gaming terkenal jadi penaja utama kejohanan sukan terbesar di Asia Tenggara.

Minggu lepas, Tan berjumpa dengan pengerusi emeritus Philippines South East Asian (SEA) Games Organising Committee (PhiSGOC), Alan Peter Cayetano bagi membincangkan perkara utama untuk melibatkan esports sebagai acara pingat utama untuk Sukan SEA akan datang.

Menurut CEO Razer, Min-Liang Tan berasa sangat gembira dengan penerimaan esports di arena sukan antarabangsa setelah mengadakan beberapa perjumpaan bersama PhiSGOC dan Philippine Olympic Committee (POC) untuk meletakkan esports sebagai acara pingat utama di Sukan SEA ke-30.

Memetik kenyataan Tan di Facebook, “Kami (Razer) antara yang terawal dalam menyokong esports dari akar umbi dan kami sentiasa percaya terhadap pemain profesional yang juga berhempas-pulas melatih diri untuk mencapai kebolehan kompetitif yang diperlukan dalam bidang ini. Dari segi sains, kaedah-kaedah sains sukan juga telah membentuk satu jenis latihan terbukti khas untuk pemain kompetitif.”

Dengan permulaan pertama acara rasmi esports di Sukan SEA 2019, Tan juga berkata Razer sedang bekerja keras untuk membawakan esports berdiri sama gah bersama sukan fizikal lain serta diraikan di seluruh dunia.

Esports pernah ditonjolkan buat pertama kali di Sukan Asia tahun ini sebagai acara demonstrasi dengan penyertaan dua wakil negara ke pertandingan Pro Evolution Soccer 2019 (PES 2019) yang mana Haikal dan Keron berjaya meraih tempat keempat dalam kejohanan demonstrasi esports ini.

Buat masa sekarang, tiada lagi senarai rasmi game esports bakal dipertandingkan di Sukan SEA tahun hadapan kerana PhiSGOC masih lagi dalam proses menghantar permohonan rasmi ke SEA Games Federation Council yang akan berakhir pada 7 Disember ini. 

Menurut laporan Channel News Asia, Mobile Legends: Bang Bang merupakan antara game yang bakal dipertandingkan di kejohanan ini setelah PhiSGOC dan Razer memeterai perjanjian bersama pembangun game MOBA, Moonton. Kami tentunya akan berkongsi update terbaru tentang senarai game yang akan diumumkan kemudian.

Game apa lagi korang berharap untuk dipertandingkan di Sukan SEA 2019 nanti? Kongsikan bersama kami.

RELATED NEWS

+