EVOS SG dan RSG SG berjaya ke M3

Liga Profesional MLBB (MPL) Singapura Musim Kedua berakhir dengan menyaksikan EVOS SG berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai juara.

Di samping itu, EVOS SG dan RSG SG berjaya menempah kedudukan mereka di kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang, M3, yang akan dianjurkan Disember tahun ini.

EVOS SG berhadapan dengan RSG SG di pusingan akhir dengan permainan tujuh terbaik (BO7), sebelum menewaskan mereka dengan 4-1.

“Usaha keras kami berhasil dan saya teruja dengan pasukan saya, bersama usaha untuk menang kejohanan ini,” kata Andrew Lim (potato) dari EVOS SG.

“Kami akan lakukan yang terbaik untuk M3 dan usaha berlipat ganda untuk buat peminat kami bangga,” tambahnya.

MPL SG S2 ini disertai oleh lapan pasukan daripada seluruh Singapura selama empat minggu dan dianjurkan di The Gym. Dianjurkan oleh Moonton Games dan Singtel, selain gelaran ia juga menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM30,800.

Selain itu, MPL SG juga dicalonkan sebagai “Best Gaming Event” di Gamescom Asia berikutan menjadi salah satu kejohanan e-sukan yang paling ramai penonton.

RELATED NEWS

+