Far Cry 5 percuma di PC pada hujung minggu ini

Bermula dari 29 Mei sehingga 1 Jun 2020, Far Cry 5 boleh dimain secara percuma melalui aplikasi Uplay. Judul tersebut boleh mula dipra-muat bermula dari sekarang.

Far Cry 5 pada asalnya dilancarkan pada tahun 2018 di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Dalam judul ini, anda perlu menewaskan seorang ketua kultus yang percaya dirinya dipilih oleh tuhan untuk mempertahankan penduduk Hope County.

Mengikut waktu Malaysia, tawaran percuma ini boleh mula dimain pada waktu 9PM pada 29 Mei dan akan berakhir pada waktu 2AM pada 1 Jun 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran percuma ini dan memuat turun aplikasi Uplay, anda boleh rujuk laman web Uplay.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+