FFWS: Kelebihan dua mata RRQ Kazu pisahkan Expand daripada slot Final

Pasukan tanah air yang kian meningkat naik, Expand terpaksa berpuas hati di posisi kelima keseluruhan selepas dibezakan dua mata sahaja di Play-In Siri Dunia Free Fire Bangkok (FFWS) 2022.

Walau bagaimanapun, aksi pasukan Expand seharusnya diberikan pujian kerana berjaya membuktikan kemampuan pasukan Malaysia di persada dunia.

Pasukan itu meraih dua Booyah daripada lapan pusingan yang dimainkan. Booyah pertama berjaya diperolehi di pusingan kedua Kalahari dan berjaya mencatatkan 28 mata.

Pusingan kelima menjadi saksi Booyah kedua Expand kerana berjaya mengutip 23 mata dan 11 mata singkir di Bermuda. 

Satu pencapaian baharu buat wakil Malaysia apabila telah ‘memecahkan badi’ kedudukan kesembilan yang dicapai Geek Fam pada FFWS Singapura 2021 dan Farang pada FFWS Sentosa 2022.

Kini, muncul pasukan Expand yang memecahkan beberapa rekod seperti pasukan Malaysia pertama yang berjaya menduduki kedudukan kelima dan pasukan Malaysia pertama yang raih dua Booyah Play-Ins di Siri Dunia.

Namun, RRQ Kazu berkelebihan dua mata iaitu 98 mata keseluruhan manakala Expand hanya 96 mata. Hal tersebut menjadikan RRQ Kazu pasukan terakhir melengkapkan empat pasukan yang akan mengisi slot Grand Final pada 26 November.

RELATED NEWS

+