Free Fire: Gabungan karakter J.Biebs bagi dua pemain mampu manfaatkan pasukan

Setiap pemilihan karakter harus dilakukan dalam permainan mengikut kesesuaian rentak pasukan.

J.Biebs adalah salah satu karakter yang kurang digunakan pemain tetapi berdasarkan analisis data Siri Dunia Free Fire (FFWS) yang lepas, karakter ini menjadi tumpuan.

Kebanyakan pasukan menerapkan penggunaan karakter ini dalam koordinasi rusuh berpasukan. Hal ini kerana jarak efektif 12 meter yang menolak EP berbanding HP. 

Penggunaan J.Biebs bagi dua pemain dalam satu pasukan terutama kedua-dua perusuh (rusher) sangat memberi kelebihan disebabkan EP yang ditolak oleh pemain pertama dapat diserap oleh pemain kedua.

Walau bagaimanapun, J.Biebs akan menjadi kurang efektif disebabkan atas beberapa faktor seperti jarak lebih 12 meter daripada rakan sepasukan dan satu pemain sahaja yang menggunakan karakter itu.

Sebagai contoh, pasukan RRQ Kazu, Neguara dan Evos Phoenix iaitu menggunakan dwi-pemain J.Biebs. Hal itu memberi kelebihan merusuh berpasukan tanpa kehilangan banyak HP.

Kombinasi ini dijangka akan diadaptasikan dalam liga rantau bagi musim hadapan kerana keputusan positif yang berjaya diperoleh pasukan ini.

RELATED NEWS

+