Game Percuma EGS Minggu Ini: Close to the Sun & Sherlock Holmes: Crimes and Punishments

Tawaran permainan video percuma di Epic Games Store (EGS) untuk minggu ini nampaknya dipilih khas untuk mereka yang lebih cenderung terhadap permainan yang mempunyai banyak puzzle dan berunsurkan misteri.

Close to the Sun dan Sherlock Holmes: Crime and Punishments boleh ditebus dan dimuat turun secara percuma di EGS bermula pada hari ini sehingga 16 April 2020.

Close to the Sun merupakan sebuah permainan simulasi berjalan (walking simulator). Apa yang menarik tentang judul ini ialah ia berlaku dalam dunia yang mempunyai sejarah alternatif di mana hampir semua ciptaan Nikola Tesla menjadi kenyataan.

Anda akan bermain sebagai Rose, seorang wartawan, yang perlu menyelamatkan adiknya yang terperangkap di bandar terapung buatan Nikola Tesla.

Sherlock Holmes: Crimes and Punishments pula menjadikan anda detektif terkemuka tersebut dan anda perlu menyelesaikan beberapa kes pembunuhan yang aneh dan menarik.

Kedua-dua judul di atas lebih mementingkan jalan cerita, puzzle, dan dialog berbanding dengan aksi yang mendebarkan. Jika anda lebih meminati elemen-elemen tersebut, jangan terlepas tawaran percuma ini!

Sumber: Epic Game Store

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+