Geek Fam MY mengucapkan selamat tinggal kepada barisan pemain wanita mereka

Geek Fam MY adalah salah satu nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif PUBG Mobile. Mereka hampir mendapat slot ke PMGC di dalam Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA) musim keempat.

Fatinamisa atau Ica juga turut menyertai pasukan itu di dalam PMPL SEA dan beliau bermain dengan begitu baik sekali bersama rakan-rakan lelakinya.

Walau bagaimanapun, Geek Fam kini mengucapkan selamat tinggal kepada barisan pemain PUBG Mobile wanita mereka. 

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram, mereka juga turut berbangga dengan pencapaian ahli pasukan wanita itu dan mendoakan yang terbaik untuk mereka di masa akan datang.

Geek Fam Girls diwakili oleh:

  • Ica
  • Eevee
  • Mimel
  • Anees

Semoga mereka akan menemui peluang baru di luar sana, selamat maju jaya diucapkan.

RELATED NEWS

+