Genshin Impact Versi 2.2 akan datang 13 Oktober ini – Semua yang anda perlu tahu..

excerpt: Thoma dan Pulau Baru.

Genshin Impact akan mengeluarkan kemas kini baru untuk Genshin Impact V2.2 “Into the Perilous Labyrinth of Fog“.

Kemas kini kali ini juga akan memperkenalkan Thoma karakter baru untuk Genshin Impact dan juga pulau ke-enam Inazuma.

Terdapat juga beberapa tentangan baru dan mini game yang menyeronokkan penuh dengan hadiah.

Pemain juga akan medapat Aloy karakter dari Horizon Zero Dawn yang telah membuat kolaborasi untuk versi lepas.

Pulau Tsurumu – Pulau Baru

Pulau besar terakhir di Inazuma akhirnya dibuka untuk Traveler pada versi 2.2.

Pulau ini akan diselimuti oleh kabus tebal dan boleh membuatkan pemain mudah untuk tersesat.

Pemain juga akan menghadapi halangan baru apabila menjelajah kawasan ini.

Rifthound dan Rifthound Whelp – Dua Raksasa Baru

Rifthound dan Rifthound Whelp merupakan binatang buas berbahaya yang tersembunyi di dalam kabus Pulau Tsurumi.

Serangan mereka akan membuat status “Corrosion” kepada mana-mana karakter aktif.

Apabila terkena Corrosion HP semua karakter akan kurang dan efek dari perisai juga akan diabaikan.

Thoma Karakter 4 Bintang Baru.

Thoma juga akan hadir unutk V2.2 nanti.

Thoma memiliki Vision Pyro (Api) dan menggunakan Polearm sebagai senjatanya.

Dia mampu untuk mengeluarkan perisai untuk memberikan pertahanan dan buff yang kuat untuk ahli pasukan bersama dengan kuasa Pyro.

Senjata Baru

4 senjata baharu akan diperkenalkan.

Bow baru lima bintang bernama Polar Star.

Polearm empat bintang  bernama Wavebreaker’s Fin.

Claymore empat bintang bernama Akuomaru.

Bow empat bintang Mouun’s Moon.

Acara Baru

Labyrinth Warriors

Event baru ini juga akan hadir unutk Versi 2.2 nanti.

Anda akan disertai Childe dan Xinyan di Inazuma dan ditemani oleh satu makhluk kertas bernama Shiki Taishou yang boleh memberi pertolongan dan buff.

Terdapat lagi satu acara iaitu “Tuned to the World’s Sounds” dimana anda boleh bermain satu permainan mini musik baru dengan karakter dari Genshin Impact seperti Ningguang, Zhongli, Keqing, Xiao, Sangonomiya Kokomi, Kamisato Ayaka, and the Raiden Shogun.

Serenitea Teapot

Tidak dilupakan juga kemas kini untuk rumah anda.

Akhirnya, Realm Versi Inazuma akan dikeluarkan iaitu Silken Courtyard.

Jangan lupa untuk tebus kod-kod ini masa adalah terhad:

LBNDKG8XDTND 100 Primogems , 10 Ores

NB6VKHQWVANZ 100 Primogems, 5 Exp mats

BSNUJGQFUTPM 100 Primogems, 50000 Mora

Kemas kini Versi 2.2 akan hadir ke semua pelantar Genshin Impact pada 13 Oktober 2021 ini.

Teruskan mengembara Traveler!

 

RELATED NEWS

+