Honor of Kings sah akan dilancarkan pada 20 Jun ini di Malaysia, pra-daftar dibuka

TiMi Studio Group dan Level Infinite mengesahkan yang Honor of Kings versi global bakal dilancarkan pada 20 Jun ini di mana pemain di Malaysia, Jepun, Eropah dan Amerika Utara akan mendapat akses penuh untuk permainan mudah alih MOBA paling popular ini.

Bermula hari ini, pemain boleh pra-daftar untuk pelancaran versi global dan terdapat milestone yang akan memberikan pelbagai ganjaran jika ia berjaya dilepasi. Antaranya:

Level 1 Milestone: 500 Diamonds
Level 2 Milestone: 2,000 Arcana Fragments
Level 3 Milestone: 5,000 Starstones 
Level 4 Milestone: Pas Kesemua Hero Percuma x 20

Layari laman web ini unuk pra-daftar sekarang!

Selain itu, pada 31 Mei ini, setiap pemain pra-daftar akan berpeluang memasuki acara cabutan bertuah untuk memenangi:

  • Hadiah Paling Grand – Semua hero dengan semua skin
  • Hadiah Utama – 500 Token masa terhad
  • Hadiah Kedua – 18,888 Starstones
  • Hadiah Sunshine Blessing – 200 Diamonds untuk semua peserta

Bagi kategori e-sukan pula, Kuala Lumpur akan menjadi destinasi untuk HOK Invitational Musim Kedua pada 29 Mei di mana pasukan hebat dari Asia Tenggara, Brazil, Turki, MENA, LATAM dan Eropah serta pemenang dari Siri Terbuka Split One.

Mereka akan bertanding untuk merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$300,000 (RM1.4 juta) dan peluang bertanding di Honor of Kings Invitational MidSeason yang akan diadakan di Esports World Cup di Riyadh, Arab Saudi.

RELATED NEWS

+