Icon tinggalkan LNG Esports

LNG Esports baru-baru ini, melalui akaun Twitter mereka mengumumkan pemain mid-lane mereka, Xie “Icon” Tian-Yu akan meninggalkan organisasi itu.

Berundurnya Icon daripada organisasi itu adalah berikutan perubahan barisan roster yang dilakukan oleh LNG untuk musim akan datang.

Icon yang dimasukkan ke dalam barisan roster League of Legends mereka sejak Disember 2020 sudah banyak membantu organisasi itu menjadi salah satu pasukan terbaik di dalam LPL di  mana mereka menjadi pasukan terbaik di Summer Split dan mendapat tempat keempat di Summer Playoff. 

Meskipun berjaya membawa LNG layak ke Worlds 2021, pasukan mereka terpaksa akur dengan kekalahan di peringkat kumpulan. Bahkan, ia adalah kejohanan dunia pertama buat Icon. 

Buat masa ini, Icon masih lagi belum menemui pasukan baru untuk 2022 LPL Spring Split. 

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+