“dihujat” pada 25 mac, kini maldiansyahj atau lebih dikenali sebagai Nocturn mengeluarkan kenyataan."> “dihujat” pada 25 mac, kini maldiansyahj atau lebih dikenali sebagai Nocturn mengeluarkan kenyataan." /> “dihujat” pada 25 mac, kini maldiansyahj atau lebih dikenali sebagai Nocturn mengeluarkan kenyataan." />

Isu Rekt: Nocturn akan bersikap tegas terhadap netizen

Berikutan isu kapten EVOS Legends iaitu Rekt “dihujat” pada 25 mac, kini maldiansyahj atau lebih dikenali sebagai Nocturn mengeluarkan kenyataan.

Dia menyatakan bahawa mereka sudah menyelesaikan masalah dengan pihak yang terlibat dan dia secara peribadi sudah bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan.

Namun begitu, para netizen dan EVOS Fam tidak berpuas hati sehingga kini dan melakukan doxing ke atas dirinya serta mempersendakan pasangannya di dalam media sosial.

Oleh kerana itu, dia akan bersikap tegas dengan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab tentang isu ini kerana ianya sudah berada di luar kawalan.

Menurutnya juga, nombor peribadinya sudah disebarkan oleh netizen ketika ini. Diharap isu ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Sumber: @emak_moba

Foto: GGWP.ID

RELATED NEWS

+