JangS keluar BTR

Jurulatih pasukan Bigetron Red Aliens, JangS atau nama sebenarnya Muhammad Farhan kini sah meninggalkan organisasi itu.

Dalam satu video ucapan terakhir, Bigetron Esports mengucapkan terima kasih kepada anak muda dari Malaysia itu hasilnya membantu pasukan Indonesia itu bertanding di PMPL dan peringkat dunia.

Pencapaian terbaik JangS adalah membantu skuad itu memenangi Ultimate Warriors Showdown 2021 dan mendapat tempat keempat di PMPL Indonesia Spring 2022.

Di PMPL SEA S4, BTR RA berjaya mendapat naib juara namun di PMGC 2021 Timur, mereka mendapat tempat ke-16.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Bigetron Esports (@bigetronesports)

JangS pula dalam satu hantaran berasingan mengucapkan terima kasih atas memori yang dicipta sewaktu bersama Bigetron.

Dalam hantaran Instagram rasmi akaun peribadi, JangS turut mengatakan ia adalah sangat mencabar untuk melatih pasukan dengan berjauhan dari keluarga di tanah air.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Jangs (@____jangs)

Semoga JangS dapat membantu atlet PUBGM Malaysia dalam mengharungi Sukan SEA Hanoi, Vietnam, Mei ini kelak.

Foto: Instagram JangS

RELATED NEWS

+