Jumper sertai Tabah NSEA untuk Sukan SEA ke-31

Sebelum ini wujud desas-desus yang mengatakan Izzrudin Hashim atau Jumper akan bersama pasukan Tabah NSEA untuk mewakili negara ke Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam.

Kini, ianya rasmi bahawa Jumper akan bersama dengan pasukan Tabah NSEA untuk berentap di Sukan SEA yang ke-31.

Pengumuman itu dibuat di dalam satu majlis minum petang bersama Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan) di Klana Resort, Negeri Sembilan hari ini.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Jumper dan pasukan Tabah NSEA bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia Tenggara.

Adakah kemasukan Jumper ke dalam pasukan Tabah NSEA akan meningkatkan mutu permainan pasukan Tabah NSEA? Sama-sama kita nantikan.

RELATED NEWS

+