Jurulatih Aura Fire tarik diri?

Liga profesional MLBB (MPL) ID musim ke-9 sudah melabuhkan tirainya dengan sang raja RRQ Hoshi muncul sebagai juara.

Pasukan Aura Fire berjaya membuktikan bahawa mereka adalah pasukan top 3 di MPL ID musim ke-9.

Aura Fire tewas di pusingan akhir lowerbracket oleh pasukan yang berlogo landak iaitu ONIC Esports dengan skor 3-2.

Menerusi story Instagram Reza Pahlevi, dia menyatakan bahawa nampaknya ini adalah musim terakhir untuknya.

Namun story Instagramya ini sudah dipadam kerana sudah mendapat perhatian para netizen Indonesia.

Sebelum ini, Reza Pahlevi adalah pengurus untuk pasukan Aura Fire tetapi pasukan Aura memberi kepercayaan kepada Reza untuk menjadi jurulatih bagi pasukan Aura Fire.

Keputusan itu sememangnya tepat kerana Reza Pahlevi memenangi anugerah jurulatih terbaik untuk MPL ID musim ke-9.

Adakah benar jurulatih Aura Fire akan mengundurkan diri? Sama-sama kita nantikan.

Foto: esportsid

RELATED NEWS

+