Jurulatih G2 VALORANT diberi amaran oleh Riot Games

Baru-baru ini, pasukan T1 VALORANT hilang kelayakan dari VALORANT Champions Tour (VCT) Open Qualifier 1 apabila jurulatih mereka berkomunikasi dengan pasukan semasa perlawanan sedang berlangsung. Riot Games berkata bahawa ini menjadikan perlawanan berat sebelah dan secara langung menganugerahkan kemenangan kepada TSM.

Kini, jurulatih G2 pula diberi amaran kerana kesalahan berkomunikasi bersama pemain semasa perlawanan berlangsung.

Semasa perlawanan menentang Team Vitality di pusingan kelayakan VCT EMEA, pipsoN iaitu jurulatih G2 dilaporkan berkomunikasi bersama pasukan di luar tempoh yang ditetapkan. Menurut pipsoN, ia hanya untuk bersorak selepas kemenangan.

Jurulatih itu meminta maaf di Twitter berikutan keputusan itu.

“Saya ingin menjelaskan bahawa ia tidak disengajakan dan tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan,” katanya.

Pasukan itu  menerima amaran kerana ia tidak komunikasi itu tidak memberi kelebihan kompetitif untuk G2, menurut Riot dalam satu kenyataan.

Komunikasi itu juga tidak bermaklumat untuk pasukan, bertentangan dengan kejadian baru-baru ini dengan T1.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+