Kapal selam yang hilang didapati menggunakan alat kawalan permainan bernilai RM140

Syarikat kapal selam yang dikenali sebagai OceanGate ini hilang pada Ahad selepas menyelam ke bangkai kapal Titanic yang tenggelam pada 1912.

Menurut laporan media, kapal itu hilang selepas hampir dua jam menyelam dan membawa lima orang termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu serta tiga jutawan dan seorang pakar maritim.

Namun berita yang mengejutkan ramai pihak adalah kapal selam itu menggunakan alat kawalan permainan tanpa wayar Logitech yang bernilai RM140.

Dalam satu temu bual bersama CBS Sunday Morning, Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate iaitu Stockton Rush dilihat hanya menggunakan alat kawalan ini untuk mengawal kapal selam.

Alat kawalan permainan tanpa wayar Logitech itu merupakan model F710 yang dilancarkan pada 2010. Walaupun ia merupakan produk yang lama, namun modelnya masih dihasilkan sehingga ke hari ini.

Namun di dalam temubual itu yang dijalankan sebelum tragedi ini, Rush tidak memberitahu sebab kenapa dia mengambil keputusan untuk menggunakan alat kawalan permainan untuk mengemudi kapal selam itu.

Ini bukan kali pertama penggunaan alat kawalan permainan di dalam industri harian di mana tentera laut Amerika Syarikat menggunakannya untuk mengawal kapal selam mereka.

Ramai menyatakan bahawa alat kawalan permainan tanpa wayar ini merupakan antara punca yang menyebabkan kapal ini hilang.

Menurut laporan baharu, pihak berkuasa mengesahkan bahawa semua penumpang kapal selam itu telah disahkan meninggal dunia selepas hampir lima hari hilang.

Punca kematian disebabkan oleh letupan akibat tekanan dalam air yang sangat kuat serta tangki oksigen yang sudah habis.

RELATED NEWS

+