Permintaan bagi teknologi penciptaan kandungan kian meningkat, menurut kajian

Logitech dengan kolaborasi syarikat penyelidikan Asia Tenggara, Milieu Insight hari ini mengumumkan hasil penyelidikan mereka terhadap penciptaan kandungan dan tingkah laku pengguna di rantau Asia Tenggara.

Kajian mendapati Singapura, Malaysia dan Filipina adalah pengguna teramai bagi video dan penstriman langsung dengan ratio lapan dalam sepuluh di Singapura (85%), Filipina (86%) dan Malaysia (81%) menyatakan mereka biasanya menonton video dan penstriman langsung.

Selain itu, kajian mendapati Malaysia adalah tertinggi (65%) bagi pemilikan teknologi audio dan video, diikuti Filipina pada kadar 59% dan Singapura (49%).

Buat pengguna yang mengkaji teknologi audio dan video pula, mereka memilih Youtube dan Facebook sebagai medium utama. Teknologi ini bermaksud gadget seperti fon kepala, tetikus, papan kekunci dan lain-lain.

Malaysia juga mencatatkan bahagian pasaran terbesar bagi pencipta kandungan dengan kadar 17%, diikuti Filipina (13%) dan Singapura (9 peratus).

RELATED NEWS

+