Logitech melancarkan tetikus M650 yang menumpukan kepantasan, keselesaan

Siapa sahaja yang tidak pernah mendengar atau melihat jenama Logitech pasti menipu. Logitech salah satu jenama aksesori komputer yang terkemuka di dunia. Bermula dengan menghasilkan aksesori komputer pejabat yang bermutu tinggi, kini syarikat itu mengeluarkan antara alatan e-sukan yang terbaik di dunia.

Logitech melancarkan tetikus M650 dan M650 L untuk pekerja yang mencarikan keselesaan, kepantasan dan ketepatan dalam kerja seharian mereka.

Tetikus ini bersambung dengan komputer menggunakan teknologi nirwayar Logitech Bolt USB yang menawarkan sambungan pantas dan lancar. Tetikus ini juga boleh disambungkan melalui sambungan Bluetooth.

Selain menawarkan pergerakan terhad dengan teknologi nirwayar, tetikus ini juga dilengkapi SmartWheel dan SilentTouch.

Smart Wheel menjanjikan aksi scrolling yang lancar dan tepat, sesuatu yang berharga apabila berkerja dengan dokumen panjang.

Silent Touch pula menawarkan klik yang lebih senyap sebanyak 90% berbanding tetikus lamanya iaitu Logitech M185, ciri yang sangat sesuai untuk sesiapa yang sering membuat panggilan video.

Butang sisi juga boleh disuaikan melalui aplikasi Logitech Options+ yang boleh dimuat turun di Windows atau macOS.

Tetikus Untuk Semua

Logitech juga menawarkan pilihan untuk mereka yang mempunyai tapak tangan besar, mahupun kidal! M650 ini ditawarkan dalam versi M650 L yang juga menawarkan ciri-ciri di atas dalam pakej yang lebih besar.

M650 L dan M650

Selain warna Graphite, tetikus ini juga dilancarkan dengan beberapa pilihan warna seperti White, Red, dan Rose. Namun, hanya Graphite dan Red sahaja ditawarkan dalam saiz besar,

Dengan bateri yang mampu bertahan selama dua tahun, tetikus ini pasti menjadi teman mesra di pejabat mahupun di rumah.

 

Tetikus Logitech M650 dan M650 L ini ditawarkan dengan harga RM159 untuk kedua-dua saiz dan boleh didapati di kedai-kedai elektronik terkemuka serta di laman web rasminya di sini

RELATED NEWS

+